sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 13 April 2011

CHEESECAKE BLUEBERRY







SUMBER : mat gebu


BAHAN-BAHANNYA 

500 g cream cheese
50 g gula halus
200 g "whipping cream"
5 kuning telur
120 g tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
5 putih telur
100 g gula halus
Secubit cream of tartar (boleh ganti dengan 1 camca teh lemon jus)
1/2 cawan "blueberry segar"

BAHAN HIASAN 
200 g blueberry pie filling 

CARA MEMBUATNYA 


1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil .
2. Putar cream cheese bersama gula hingg lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. 3.Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
4. Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan cream of tartar atau jus lemon, terus memutar hingga adunan kental, tetapi tidak kejung .
5.Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata.  Tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit.

6.  Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.
Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Hias kek mengikut kreativiti anda. Simpan dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment