sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 3 May 2011

IKAN KERAPU 3 RASE



IKAN KERAPU 3 RASE, sedap woooo. kalau nak makan kat kedai seafood ni mahal tauu, meh cobe masak masak kat dapur nakkkkk..



bahan bahan

1 ekor ikan kerapu
1 labu bawang besar ( potong dadu )
10 biji cili api (potong kecik2)
1 biji tomato buah ( potong dadu )
1/4 tin nanas dalam tin  ( potong dadu )

Bahan Tumis

1inci halia cincang

3 ulas bawang putih cincang
1cawan cili mesin
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan cili sos
2 sudu besar tomato sos
minyak untuk menumis

care care

1. Gaulkan ikan kerapu dengan kunyit serbuk dan garam.Goreng ikan hingge garing dan ketepikan 
2. Tumis halia dan bawang putih cincang hingge kekuningan dan masukkan cili mesin , masak hingge garing
3. Masukkan sos tiram,cili sos dan tomato sos
4. Masukkan bawang besar cincang, cili api, buah tomato dan buah nanas.Sesuaikan rase garam dan gulenye.Masukkan sedikit air ikut kepekatan sambal yang disukai.
5.Masukkan ikan tadi dan gaul rate.


No comments:

Post a Comment