sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 16 October 2011

BLUEBERRY /STRAWBERRY CHEESETART



Jumpe lagi kite ye, strawbery / blueberry cheesetart sedappppp sehhhhh, kulitnye  nye yang rangup dan crunchy ditambah lak lemak2 cheese dan masam masam manis filling tuuuuu..waduhhh sedap woooo...Yang kkzu tau dan alami cistart ni kalo dah letak isi dalamnye tuu akan tahan 2 ke 3 hari je....kalo tak habih tkpe masuk je dalam oven dan bakar balik hingge cistart jadik garing semule.....gune api bawah jek..insyaallah
Resepi ni di merate rate , ade kat wall fb rakan2 kkzu dan blog2 juge, antarenye kat AZLITA AZIZ, AZITA ZAIN,   dan ramai lagi tuuuu.....so nak cube ke...TQ so much ita....resepi ni kkzu copy paste dari blog azita ye...

RUJUKAN : azita zain


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.( masuk jap dalam petisejuk 30 minit )
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.( lebih kurang 20 minit )

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
***UNTUK MELOREK CHESSE TART

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.


No comments:

Post a Comment