sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 15 July 2013

Kek coklat Lapis cheese






Hai..!!

Selamat mencobe ya dari Kkzu..

KEK coklat  KUKUS CHEESE

BAHAN A


  • 250 gm cream cheese
  • 100  gm gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
  1. Putar cream cheese dengan  gula hingga lembut
  2. Masukkan telur dan tepung gandum. Ketepikan

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur size A
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 120 gm tepung superfine*
  • 50 gm serbuk koko*
  • 1 sudu kecil soda bikabonate*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan bertanda di ayak )
Cara-cara
  1. Putar telur dan gula hingga gebu
  2. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  3. Setelah itu masukkan tepung yang telah bercampur koko powder, baking powder dan soda bikabonate.Masukkan esen vanilla
  4. Bahagi kan kepada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dengan api sederhana besar
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling loyang  berukuran 8 inci  dan alas loyang dengan aluminium foil
  3. Tuang separuh adunan kek coklat, , tutup adunan dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese  dan kukus selama 15 minit.
  5. Masukkan adunan kek coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Biarkan kek sejuk dan barulah di hidangkan.

1 comment:

  1. assalamualaikum kak zu,

    terima kasih sudi berkongsi resepi yg menarik..akan dicuba bila mood rajin nanti..hehe

    ReplyDelete