sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 3 September 2014

Oreo Cheesecake

 hAI..!!
nAK Share resepi cheesecake yang pio cheese ni. Tanpa tepung , hanya cheese dan whipping bahan utama nye.Khas utk peminat cheese yang tegar okeh.
First time makan kat rumah ADIK kkzu sempene befday nye pada 31 ogos hari tu.Adik kkzu yng baking pada mulanye.Walhal kkzu memang tak berapa nak makan sangat pio cheesecake ni sbb rasenye yng agak kejam,hahaaa gitu.Tetapi rupenye sedap sihhh tapi awas ya hanya utk penggemar tegar cheese.Kek nye memang rendah ketot tetapi berbaloi la sbb makan tak perlu la seketol besar, memadai potongan yang kecil.Agak2 sebiji kek boleh makan 20 orng kalau tak pelahap la..hee




Mari semak bahan bahan nya

oreo cheesecake ( loyang base @ spring foam )

SUMBER ;  mybakingworksHOP

BASE BIKUT 
200 gm biskut oreo tanpa inti di hancurkan ( 2 peket )
50 gm butter anchor ( akak derhaka ckit ~ 80 gm butter )di cairkan
Satukan biskut dan butter , gaul rata
Tekan padat ke dalam loyamg 9inci @ 8 inci
Masukkan dalam petisejuk hingga keras ( cara sendiri )

BAHAN KEK
750 gm cheesecream ( philadhepia jadik pilhan )
130 gm gula castor
1./2 tsp esen vanilla
3 biji telur
200 gm uth whipping anchor
15 keping biskut oreo tanpa inti ~ belah 4 ( nak letak lebih pun boleh )

CARA CARA
 Putar cheese dan gula hingga lembut ( cheese dah di lembutkan pada suhu bilik )
Masukkan telur satu persatu , esen vanilla dan whipping cream
Akhir sekali masukkan biskut ( kaup balik sahaja )
Masukkan adunan kek ke dalam loyang tadi
Bakar dengan kaedah air di bawah ( steambath ) pada suhu 170 selama 1 jam ( kkzu bakar 1 jam 20 minit )
menggunakan api bawah sahaja.( gunakan air panas gelegak )
Setelah siap di bakar biarkan kek menyejuk di dalam oven.
Kemudian sejukkan kek didalam petisejuk beberapa jam sebelom di alihkan ke papan kek.

Untuk penyedap rasa boleh di hiaskan dengan ganache di atas kek.
200 gm coklat masakan ( berryls )
150 gm uht whipping cream
Masak atas double boiler dan biarkan gancahe memekat , baru tuang ke atas kek.

** kek di dalam gambar bersize 9 inci



 Kaedah yng kkzu gunakan utk membakar kek ini

Dibawah loyang kkzu telah meletakkan tungku besi.utk mengelakkan air masuk ke dalam loyang walaupun telah di balut dengan aluminium foil.

~ SELAMAT MENCUBE DARI dapurkakzu ~

No comments:

Post a Comment