sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 14 January 2015

TOMYAM PERIUK

TOMYAM PERIUK

Suka suka nama tomyam periuk, makan ketika baru masak lagi ngam.Masukkan segala jenis seafood lagi la kow kow.Yng penting ini bukan tomyam banyak sampah.Eikkk ape hal lak tu.Deme yang kata, kalo makan kat kedai ,tak semua la kan banyak sampah dari isi . Puas dok selak selak kuah, tak jumpa sea food nya, yang banyak jumpa bawang holand. Entah la dek, gamak nya sewa kedai mahal , gaji pekerja mahal, bahan mentah mahal, bak kata segala nya mahal lah.
Haaaa TOMYAM home made di jamin banyak isi, ate sendiri masak kan.


sumber : dapurkakzu



BAHAN BAHAN 
* Anggaran sahaja ya, bergantung pada kuantiti dan keseuaian rasa anda *

10 cawan air
5 batang serai ( hiris serong serong )
2 biji buat tomato ( belah 4 )
20 biji cili api ( ketuk )
5 helai daun limau purut ( carik kan )
1 biji bawang holand ( hiris nipis )
4 kiub tomyam nor ( pilihan )
2 sudu besar jus limau
1/2 cawan susu cair
garam & gula 

2 ketul dada ayam ( hiris nipis )
5 ekor sotong ( potong kecil )
10 ekor udang
daging hiris ( siap rebus )

CARA CARA
Panaskan air hingga gelegak, masukkan serai, rebus selama 5 minit
Masukkan ayam,sotong, udang & daging
Masukkan bawang cili api, buah tomato
Masukkan kiub tomyam ( pilihan ) dan jus limau'
Masukkan susu cair
Sesuaikan garam dan gula dan rasa masam tomyam
Akhir sekali masukkan daun limau purut.






No comments:

Post a Comment